Selamat Datang Ke blog SK kampung Boyan, jika tak faham rajin-rajinlah bertanya. Sila tinggalkan komen sebelum bersurai. Kalau nak copy blog ni sila bagi credit hp oppss credit link

Profil Sekolah


Visi & Misi sekolah

VISI
Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera

MISI
Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.


PROFIL SEKOLAH

 MAKLUMAT ASAS SEKOLAH

  

Kod Sekolah
:
ABA6060
Nama Sekolah
:
SK KAMPUNG BOYAN
Alamat Sekolah
:
34000 Taiping. Perak Darul Ridzuan
No Telefon / No Fax
:
05-8052693
Jenis Sekolah
:
Sekolah Kebangsaan
Gred Sekolah
:
B
Peringkat Sekolah
:
Prasekolah,Rendah&Pendidikan Khas
Sesi Persekolahan
:
Pagi
Alamat e-mail
:
ABA6060@1bestarinet.yes.my
Blog Sekolah
Facebook Sekolah
:
:
http://skkboyan2014.blogspot.com
SK Kampung Boyan
Tarikh Tubuh
:
03/03/2003
Jumlah Guru
:
41 orang
Jumlah Staf Sokongan
:
11 orang
Jumlah Murid
:
391orang 


LENCANA SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH

         Bangunan Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan mula dibina diatas sebidang tanah seluas 3.8 hektar di Aulong Lama berhampiran dengan Kampung Boyan. Tiga blok bangunan yang lengkap dengan 24 bilik darjah dan bilik-bilik khas yang lain siap sepenuhnya di penghujung tahun 2002.

Sekolah ini mula diserahkan oleh pihak JKR kepada PPDLMS pada 1 Nov 2002. Dua orang guru diarahkan oleh pihak PPD untuk bertugas sebagai ‘care taker’ sebagai persediaan untuk sekolah memulakan operasi. Guru-guru berkenaan ialah En. Saad b. Mat dari SK. Kamunting dan Tn. Hj. Abd. Halim b. Hassan dari SK. King Edward VII (1) yang bertanggung jawab menerima segala perabot-perabot dan menguruskan ‘launching grant’.

Setelah selesai penerimaan perabot-perabot dan urusan kewangan ‘launching grant’ yang diterima dari pihak Jabatan Pelajaran Perak sebanyak RM30,000.00 sekolah memulakan operasinya pada 3 Mac 2003. Hari pertama operasi sekolah hanya 75 orang murid dari sekolah-sekolah sekitar telah mendaftar memasuki tahun 1 hingga tahun 5 sahaja. Kemudian kemasukan murid bertambah sehingga 117 orang sehingga akhir persekolahan tahun2003. Bilangan kelas hanya lima buah kelas sahaja digunakan.

Semasa permulaan operasi seramai 13 orang guru bertukar masuk ke sekolah ini termasuk 3 orang guru kanan iaitu En. Saad b. Mat sebagai GK. Pentadbiran, Tn. Hj. Abd. Halim b. Hassan sebagai GK. Hal Ehwal Murid dan Tn. Hj. Aznan b. Ishak sebagai GK. Kokurikulum. Guru Besar pertama iaitu Pn. Hjh. Norihan bt. Nordin dari SK. Kampung Yaman, Batu Kurau telah melapor diri pada 19 Mac 2003.


Operasi sekolah juga dibantu oleh seorang pembantu tadbir Pn. Noorliah bt. Yusoff dan seorang Pembantu Am Rendah En. Ramli b. Ngah yang berurusan di pejabat sekolah dan seorang Pekerja Rendah Awam iaitu En. Hashim b. Mohd. Seman yang membantu menyelenggara kawasan sekolah dan menyusun perabot-perabot. Mulai tahun berikutnya kelas tahun 6 mula dibuka dan seramai 29 orang murid menduduki peperiksaan UPSR bagi tahun 2004. Kemasukan murid-murid sekitar ke sekolah ini bertambah dari semasa ke semasa sehingga kini hampir 400 orang murid.

JATI DIRI ASAS GEMILANG

KITA KIBARKAN LAMBANG KESEDARAN
KITA KORBANKAN ASAS PERPADUAN
KITA HARUNGI SEGALA RINTANGAN
ILMU MENJADI TERAS KEHIDUPAN

PADA TUHAN YANG MAHA ESA
POHON LIMPAH KURNIA
BERKATILAH SEGALA USAHA
HINGGA KE PUNCAK JAYA

TABAHKAN DIRI MENEMPUH DUGAAN
CEKAL MENIMBA ILMU PENGETAHUAN
TEGUH SEBAGAI WARGA YANG CEMERLANG
KUKUH SEBAGAI WARGA YANG TERBILANG














1 comment:

  1. Assalamualaikum. Anak saya berumur 6 tahun. Lelaki. Saya dapati anak saya ada unsur2 Autisme tetapi doktor tidak mengesahkannya.
    Saya ingin masukkan anak saya ke sekolah pendidikan khas. tetapi anak saya tidak mendapat kad OKU dari JKM kerana doktor mengesahkan bahawa anak saya ini hanya mengalami speech delay.
    Saya Puan Sarah Nabilah Bte Rasla adalah ibu kepada Muhammad Zayyan.

    ReplyDelete