Selamat Datang Ke blog SK kampung Boyan, jika tak faham rajin-rajinlah bertanya. Sila tinggalkan komen sebelum bersurai. Kalau nak copy blog ni sila bagi credit hp oppss credit link

Wednesday 15 January 2014

Borang Aduan Kerosakan Peralatan ICT

https://drive.google.com/file/d/0B3eHYGutddGLWDJHVW1UMjdIdmM/edit?usp=sharing

BORANG ADUAN KEROSAKAN PERALATAN ICT SEKOLAH KPM 2014

Takrifan Peralatan ICT adalah peralatan elektronik yang memerlukan sambungan ke komputer untuk berfungsi dan tidak boleh berfungsi dengan sendiri tanpa bantuan atau sokongan komputerPeralatan ICT sekolah yang layak disenggara adalah :
1. Peralatan yang telah didaftarkan sebagai aset kerajaan dan mempunyai nombor siri Daftar Harta Modal.
2. Peralatan yang telah tamat tempoh jaminan (warranty).
3. Peralatan yang tidak dikategorikan sebagai Beyond Economic Repair - BER.
4. Peralatan yang belum mendapat Sijil Hapus Kira atau Sijil Pelupusan.
* Required

    BAHAGIAN A : PROFIL SEKOLAH DAN PENGADU



    1. NEGERI: *

    This is a required question


    2. DAERAH PPD *


    3. PKG *


    4. KOD SEKOLAH: *
    Nota: Sila gunakan HURUF BESAR dan TANPA JARAK (contoh: ABC1234)


    5. NAMA SEKOLAH: *


    6. NAMA PENGADU *


    7. JAWATAN PENGADU *


    8. NO. TELEFON PENGADU *


    9. TARIKH: *


    BAHAGIAN B : MAKLUMAT PERALATAN



    B1. JENIS PERALATAN *


    B2. JENAMA / MODEL *
    Contoh : HP Pro 3300 Series MT


    B3. NO DAFTAR HARTA MODAL (DHM) *


    B4. NO SIRI BADAN (BODY SERIAL NO) *


    B5. TAHUN PEROLEHAN *




    B6. LOKASI PERALATAN *

    BAHAGIAN C : MAKLUMAT KEROSAKAN



    C1. HURAIKAN DENGAN JELAS KEROSAKAN YANG DIKENAL PASTI *

Sunday 12 January 2014

Cara Aktifkan Dongle Yes

Cara Aktifkan Dongle Yes
Kongsikan di :

TATACARA MENDAPATKAN ID DAN PASSWORD DONGLE 1BESTARINET
*anda memerlukan no K/P pengetua/guru besar untuk akses ke dokumen dalam sistem ini
  1. Masuk ke mail.google.com
  2. Masukkan ID berikut: KODSEKOLAH@1bestarinet.yes.my
  3. Masukkan kata laluan seperti berikut : P@55word
  4. Pergi ke inbox
  5. Cari emel bertajuk “Pengedaran VLE ID dan Katalaluan”
  6. Ambil Tindakan seperti yang dikendaki oleh email tersebut
  7. Download dan buka dokumen excel tersebut
  8. Masukkan no KP pengetua anda sebagai password dokumen excel
  9. Cari ke table BAWAH ada “DongleID”
  10. Itulah username dan password bagi sekolah anda
  11. Jangan dedahkan password dan ID pada sesiapa sahaja melainkan guru dan staf sekolah anda sahaja
Cara menggunakan dongle
  1. Anda dinasihatkan TIDAK menggunakan software di dalam dongle itu. Download dari internet bagi versi baru
  2. Download di: http://www.yes.my/v3/personal/devices/go.do
  3. Cari butang downloads
  4. Download ikut sistem operasi komputer (XP, Vista, 7, 8 dan MAC OS)
  5. Install seperti biasa
  6. Masukkan ID dan password seperti yang terdapat di dalam dokumen excel tersebut
  7. Selesai
P/S: GPB / Penyelaras ICT digalakkan untuk save ID dan password dongle sekolah anda di telefon supaya boleh forward sms terus pada mana-mana guru dan staf yang ingin menggunakannya



Penyampaian watikah perlantikan untuk Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber

Sunday 5 January 2014

Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah)

SKOP FUNGSI DAN BIDANG TUGAS PEMBANTU PENGURUSAN MURID


Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

Senarai Tugas Juruteknik Komputer


JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

SENARAI TUGAS PT W17

PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17
1. Menyelenggara ,dan mengemaskini,
  • Buku Tunai KERAJAAN Dan SUWA
  • Buku Subsidari KERAJAAN Dan SUWA
  • Daftar Bil KERAJAAN Dan SUWA
  • Panjar Wang Runcit

Friday 3 January 2014

SENARAI TUGAS GURU MEDIA

Guru Perpustakaan dan Media

SENARAI TUGAS GURU DATA

GURU DATA

SENARAI TUGAS GPB


GURU PENYELARAS BESTARI

SENARAI TUGAS GPK KOKURIKULUM

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

SENARAI TUGAS GPK HEM

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID
A. Bidang Tugas:
1. Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.
2. Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu atau bidang pengkhususan mengikut arahan Guru Besar dari semasa ke semasa.
3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam soal-soal kurikulum, kokurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling.
4. Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.
5. Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar.
6. Menentukan kelancaran kerja-kerja penerbitan dan percetakan majalah, perayaan dan kantin sekolah berjalan dengan baik.
7. Membantu Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi perkhidmatan guru dan kakitangan bukan guru.
8. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah agar perjalanannya menjadi lebih berkesan.
B. Senarai Tugas:
Pentadbiran
1. Mengurus dan mengemas kini semua buku rekod pendaftaran murid di sekolahnya.
2. Menyemak semua buku kedatangan harian pelajar sidang pagi dan memastikan bahawa butirannya adalah kemas kini.
3. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar baru ke kelas tertentu dengan kerjasama guru-guru kelas berkaitan.
4. Menguruskan pertukaran pelajar ke sekolah-sekolah lain dengan mengisi dokumen dan borang-borang yang tertentu.
5. Menentukan bahawa butiran peribadi pelajar yang berhenti sekolah dan bertukar ke sekolah lain adalah lengkap dan kemas kini.
6. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran sijil berhenti sekolah.
7. Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dengan kerjasama Guru Besar, PK Pentadbiran, Penyelia Petang dan Pembantu Tadbir sekolah.
8. Membantu dalam merancang dan penyediaan takwin sekolah dan dalam menentukan pelaksanaan segala program aktiviti di sepanjang tahun.
C. Disiplin:
1. Menentukan bahawa penerapan amalan-amalan dan nilai murni di peringkat sekolah dilaksanakan dengan sempurna.
2. Memastikan segala peraturan dan undang-undang sekolah dikuat kuasakan oleh guru, kakitangan dan para pelajar.
3. Bertindak sebagai guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah dan bertanggungjawab terhadap perlantikan pengawas.
4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes para pelajar yang melanggar peraturan tatatertib dan salah laku.
5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan membuat laporan lengkap mengenai pelajar terlibat.
D. Bimbingan dan Disiplin:
1. Merancang dan menyelaraskan pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
2. Bekerjasama erat dengan guru pembimbing dan kaunseling dalam pelaksanaan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.
3. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling para pelajar yang menghadapi masalah dari segi pelajaran akademik, sosial, kesihatan, kerjaya dan sebagainya.
4. Menyediakan laporan lengkap mengenai pelajar yang mendapat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling jikalau diperlukan oleh pihak yang berkaitan.
5. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orentasi atau suaikenal bagi pelajar-pelajar baru.
E. Program Perlindungan:
1. Menguruskan kemudahan perubatan dan rawatan di kalangan para pelajar di sekolahnya agar berjalan dengan baik.
2. Memastikan segala program kesihatan pelajar dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 001 dan kad 002.
3. Menyelaras dan mengadakan menyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah untuk menentukan kebersihan dan makanan yang berkhasiat.
4. Menyelaraskan segala perancangan berkaitan dengan kesihatan dan kebersihan di kalangan pelajar.
F. Skim Pinjaman Buku Teks:
1. Menguruskan segala kutipan, pengumpulan data dan butiran peribadi para pelajar yang bakal menerima buku teks.
2. Menyelaraskan hal-hal yang bersabit dengan pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku-buku teks di sekolahnya.
3. Mengawal semua buku stok dan mengawal bilik skim pinjaman buku teks.
4. Menyediakan anggaran belanjawan menguruskan SPBT di sekolahnya.
G. Biasiswa Dan Bantuan:
1. Menyelenggara dan membuat perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang mencapai akademik yang tinggi dari golongan yang kurang berada.
2. Mengemaskinikan segala rekod biasiswa dan bantuan kewangan kepada para pelajar di sekolah.
3. Menguruskan segala tuntutan dan bayaran biasiswa dan bantuan kewangan pelajar yang layak menerimanya.
H. Kokurikulum:
Sukan Dan Permainan:
1. Membantu, merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan di semua peringkat.
Persatuan Dan Kelab:
1. Menyelaras dan menyelia segala program aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

Pasukan Pakaian Seragam:
1. Merancang strategi penglibatan para pelajar dalam program kegiatan pasukan pakaian seragam.
2. Menyelaras pelaksanaan, program kegiatan pasukan pakaian seragam yang disediakan di sekolahnya.

Koperasi Dan Simpanan Pelajar:
1. Menyelaraskan segala kegiatan yang berkaitan dengan program koperasi di peringkat sekolah.
2. Menganjurkan bersama dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Simpanan Nasional atau lain-lain bank yang sesuai dengan tujuan menggalakkan penabungan di kalangan pelajar.
Tugas Dan Tanggungjawab Lain:
1. Membantu dan mengenal pasti guru-guru yang berbakat dalam kegiatan ko-kurikulum.
2. Merancang dan mengadakan program latihan untuk guru-guru yang berpotensi dalam bidang itu.
3. Merancang dan menentukan pelaksanaan program kegiatan ko-kurikulum untuk para pelajar.
Melaksanakan arahan dan tugas-tugas lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

1. PEMBANGUNAN MAJU DIRI (PMD)


1. DISIPLIN
1.1.1Tahap kuatkuasa undang-undang dan peraturan sekolah.
1.1.2Menyelia rekod dan laporan disiplin.
1.1.3
2.
Perjumpaan dengan ibu bapa / penjaga murid.
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
1.2.1Melaksana dan menguruskan projek-projek khas.
1.2.2Merancang dan menyelaras program khas seperti kempen anti-dadah.
1.2.3Memastikan langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.
3. KESIHATAN 
1.3.1Menguruskan kemudahan rawatan murid.
1.3.2Merancang dan menyelaras program-program kesihatan murid dan kad tenaga asas.
4. SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
1.4.1Menguruskan kutipan data, mengawal buku-buku stok.
1.4.2Mengawal pengagihan dan hapus kira.
5. BIASISWA DAN BANTUAN 
1.5.1Menyelenggarakan peraturan-peraturan biasiswa atau bantuan.
1.5.2Mengemas kini rekod-rekod biasiswa dan bantuan.
6. PENGURUSAN BANTUAN PEMAKANAN
1.6.1Projek Susu Sekolah.
1.6.2Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
2. PENTADBIRAN. 
2.1Mengurus dan mengemaskini buku rekod pendaftaran murid
2.2Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
2.3Menyemak buku jadual kedatangan murid.
2.4Mengurus surat akuan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain.
2.5Menyemak buku laporan / rekod prestasi.
2.6Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.
2.7Membantu merancang takwim sekolah.
3. KURIKULUM. 
3.1Pengajaran dan pembelajaran.
3.2Merancang dan menyelia kursus motivasi dan kemahiran belajar.
4. KOKURIKULUM 
4.1Membantu merancang, melaksana dan menyelia kegiatan sukan dan permainan / kelab serta pasukan unit beruniform.
4.2Membantu merancang takwim ko-kurikulum.
4.3Menyelaras kegiatan BSN, Tabung Haji dll.
4.4Merancang dan melaksanakan program perkhemahan tahunan.
5. PERKEMBANGAN ORGANISASI DAN KENDIRI (SYNERGY)
5.1Menghadiri kursus.
5.2Mengadakan kursus dalaman (HEM)
5.3Memperkayakan pengetahuan ikhtisas.
5.4Mengadakan hubungan dengan ibubapa / penjaga, masyarakat dan agensi luar.
5.5Penglibatan dalam PIBG.

SENARAI TUGAS GPK PENTADBIRAN


GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Senarai Tugas Guru Besar



GURU BESAR

Thursday 2 January 2014

KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH SKKB SESI 2014 


Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan murid Prasekolah pada tahun 2014..

CARA IBU BAPA MENDAPATKAN ID YES DAN KATA LALUAN

CARA IBU BAPA MENDAPATKAN ID YES DAN KATA LALUAN

Langkah-langkah untuk mendapatkan ID Yes dan kata laluan adalah seperti berikut:

Langkah 1
Sila ke laman web http://www.yes.my dan klik 1BestariNet.

Langkah 2
Klik Retrieve my 1BestariNet Yes ID.

Langkah 3
Masukkan nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Kemudian klik cari (search).

Langkah 4
ID Yes akan dipaparkan.
Kemudian masukkan nombor telefon dan alamat emel.
Seterusnya klik kemaskini (update).

Langkah 5
Sila pilih salah satu medium (SMS atau emel) untuk mendapatkan kata laluan.
Kata laluan akan dihantar melalui SMS ataupun emel, bergantung kepada pilihan pengguna.

* Sekiranya ibu bapa/penjaga telah mengikuti langkah-langkah berikut tetapi tidak memperolehi ID Yes, tertera "ID 1BestariNet Ibu Bapa gagal ditemui" (1BestariNet Parent not found)
sila emelkan nama penuh dan nombor kad pengenalan kepada vleadmin.ABA6060@Yes.My

PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2014

HARI:JUMAAT
TARIKH:27.12.2013
MASA:9.00PAGI - 12 TGH
TEMPAT;DEWAN TERBUKA

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.

Aturcara Pembukaan Program Transisi

1.ketibaan murid dan Ibu Bapa
2. Bacaan Doa- Ustaz Tarmizi
3. Ucapan Guru Besar - En Fezarudin bin Mahamudin
3. taklimat sarana ibu bapa

Guru Besar mengalu-alukan kedatangan murid Tahun Satu ke SKKB. Beliau menegaskan kehebatan anak-anak tidak bergantung kepada sekolah semata-mata, ia berkesinambungan daripada didikan di rumah. Program ini dapat dijalankan dengan jayanya sekiranya mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya ibu bapa.