Selamat Datang Ke blog SK kampung Boyan, jika tak faham rajin-rajinlah bertanya. Sila tinggalkan komen sebelum bersurai. Kalau nak copy blog ni sila bagi credit hp oppss credit link

Thursday 2 January 2014

PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 2014

HARI:JUMAAT
TARIKH:27.12.2013
MASA:9.00PAGI - 12 TGH
TEMPAT;DEWAN TERBUKA

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di tahun satu. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.

Aturcara Pembukaan Program Transisi

1.ketibaan murid dan Ibu Bapa
2. Bacaan Doa- Ustaz Tarmizi
3. Ucapan Guru Besar - En Fezarudin bin Mahamudin
3. taklimat sarana ibu bapa

Guru Besar mengalu-alukan kedatangan murid Tahun Satu ke SKKB. Beliau menegaskan kehebatan anak-anak tidak bergantung kepada sekolah semata-mata, ia berkesinambungan daripada didikan di rumah. Program ini dapat dijalankan dengan jayanya sekiranya mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya ibu bapa.


 

No comments:

Post a Comment